Kepada Teman2 yang dah masuk dunia saya... sudi2 lah sign di guestbook nih...Thanks..

Wednesday, March 3, 2010

Kembara Nabi Musa a.s..

Kami bertolak lebih kurang jam 2 pagi...memang mengantuk tapi semangat juang mengatasi segalanya...ini adalah sebahagian dari mujahidah yang akan mendaki puncak Sinai ataupun bukit nabi Musa pagi ni..dan ini adalah misi paling besar dalam trip kami...menuju puncak Nabi Musa a.s....
Sebahagian gambaran yang boleh dikongsi bersama teman2 sumer...perjalanan yang penuh dengan ranjau onak dan likuan...dari batuan yang kecil hingga yang paling besar...sememangnya Nabi Musa adalah seorang nabi yang gagah perkasa...oleh kerana itu Allah memberikan kepadanya dugaan dan cabaran yang sesuai kepada dirinya.
Pada waktu ini...PA banyak berehat bersama unta2 nih...ramai orang2 puteh yg menganut agama kristian,nasrani , indon yg beragama masihi...jepun yg menyembah matahari, israel berbangsa yahudi mnyertai perjalanan kami kerana satu misi yg sama iaitu mengaggungkan agama yang dianuti....kalau orang Islam hendak melihat bagaimana tempat Nabi Musa bermunajat kepada Allah s.w.t...dan dimana Allah hendak menunjukkan dirinya kepada nabi Musa...tetapi orang yahudi tidak mahu mengalah..mereka juga hendak menemui tempat dimana nabi keturunan mereka iaitu MuSA a.s da juga gereja yang telah dibina berhampiran dengan mihrab nabi Musa.PA x sempat nak amik pic pokok yang menemani nabi Musa kerana telah diletakkan didalam gereja dan disimen disekelilingya.....bagi orang yang menyembah matahari mereka akan memastikan sampai ke puncak sebelum waktu subuh ataupon matahari terbit...Mereka akan menyembah matahari apabila munculnya matahari di puncak ini...
Yang kelakarnya PA bole tertidor di 2 check point akhir...PA letih sgt..PA ingatkan PA sorang je yang bermimpi, rupanya ada seorang PANITIA atau organizer tido skali...hahahaha..Jumlah check point yg ada semuanya 7..tujuannya adalah untuk berehat dan ada gerai kecil yang menjual air disitu, pic unta nilah salah satu check point untuk smpai ke puncak SINAI...tapi PA duduk jer tros ttup mata...memang letih sgt..terasa diri ini begitu lemah...Unta pon untala janji PA dapat tenaga untuk teros mendaki...
PA dan kawan2 sampai terlewat dari masa yang dijangka...hari semakin terang..PA dapat menyaksikan fajar menyingsing ketika dalam perjalanan sampai ke puncak...Inilah pemandangan yang PA dapat snap kira2 jam 7 pgi...5 jam kami berjalan kaki untuk sampai kesini...


Alhamdulillah...ini adalah kemuncak dimana PA dapat berdoa di mihrab nabi Musa..atau lebih dikenali sebagai tempat nabi Musa bermunajat kepada Allah s.w.t...Ya Allah semoga doaku dimakbulkan disini...kalau sumer dapat lihat yang berwarna hitam itu adalah mihrab nabi Musa...Nabi Musa bermunajat disitu satu ketika dulu...Disinilah Nabi Musa dapat melihat cahaya yang Allah berikan untuk menunjukkan diriNya..
Ini adalah kejayaan kami menawan puncak gunung Sinai... bersyukur kehadrat Illahi kerana telah sampai dimana tempat Nabi Musa berpijak satu ketika dulu...Kami bangga menjadi rakyat MALAYSIA...hehehe...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...