Kepada Teman2 yang dah masuk dunia saya... sudi2 lah sign di guestbook nih...Thanks..

Friday, April 30, 2010

Exam!!....T_T.....



Berjuang demi mendapatkan ilmu Allah dan segulung ijazah buat ibu dan ayah tercinta serta org tersayang....

Keadaan keselamatan di Mesir semakin kritikal terutama bagi foreigner seperti kami...kerana exam dah semakin dekat semua harus PA tempuhi walaupon merbahaya...terbaru kes seorang Indonesian telah dirogol sebanyak 6 kali...kes pelajar perubatan semakin menjadi2..ada yg dicabul ketika menaiki tremco seorang diri dan kini masih lagi berlaku dikalangan mereka...ada yang mengalami trauma dan telah kembali ke Malaysia...

Beginilah kehidupan di perantauan...sering menjadi mangsa penindasan rakyat mereka sendiri kerana akhlak Malaysian Student adalah yang paling baik, lemah lembut dan bersopan santun, jadi mereka semakin berani untuk mengambil kesempatan keatas kami...memang mengerikan kalau nak story tntg summer nih..org arab akan naik syeikh if summer...so berhati-hatilah pada sumer teman-teman yang sama2 berjuang dengan PA menuntut ilmu Allah ni...Semoga kalian semua dan diri PA sendiri dipelihara oleh Allah...amalkan sesuatu yang boleh menjadi perisai untuk kiter supaya sentiasa dibawah peliharaanNya..

Sekiranya mempunyai seni pertahanan diri yang kuat pon still xle dipraktikkan kerana keadaan tubuh badan mereka yang lebih besar dari Asian..dan tenaga mereka boleh dinisbahkan 3x ganda dari Asian..so pandai2lah kiter mencari jalan penyelesaian terutama sekali pelajar perempuan yang perlu menjaga maruah mereka...


Walau apa pon yng terjadi...kehidupan perlu diteruskan..masalah sememangya ada dalam kehidupan seorang manusia...inilah yang dinamakan dengan dugaan...kembalilah la kepada yang maha esa...Study PA mcam biasa tapi masih lagi kurang bersemangat...sekarang tengah mencuba untuk atasi masalah nih..huhuhu....ujian..rintangan..musibah mengajar seseorang itu menjadi lebih tabah dalam menempuh kehidupan...Semester akhir ni PA akan tempuh 9subjek dan yang paling mencabar adalah mukjizat Rasulullah s.a.w...ermmmm doakanlah segalanya berjalan lancar dan memperoleh natijah yang cemerlang..insyaAllah..amin ya rabb...



Semoga sang mentari hari esok lebih baik dari hari nih...bermula dengan menguntum senyuman di pagi hari kemudian bermujahadah dengan penuh keazaman untuk mendapatkan ilmu Allah dan seterusnya menerima penghargaan dengan kejayaan yang dinantikan...
SALAM PENUH MUJAHADAH UNTUK MENEMPUH IMTIHAN KALI NI BUAT TEMAN SEPERJUANGAN...

yang mengharapkan semangat:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...