Kepada Teman2 yang dah masuk dunia saya... sudi2 lah sign di guestbook nih...Thanks..

Friday, May 7, 2010

bila mentari bersinar...



Cahaya semakin menerangi hidupku...tetapi bukan mudah untuk merasai keselesaan dengan menikmati hari yang kian terang...LOVE...something new...terlalu banyak masalah sekiranya hidup kite dalam kegelapan..x ada yang membahagiakan melainkan berusaha mencari nur kasih Allah...

Ada beberapa cite PA nak share tentang kejadian dan nasib seorang perempuan...Islam sangat memandang tinggi nilai seorang wanita...Wanita yang boleh menggoncangkan dunia....wanita yang menjadi bukti keunikan makhluk ciptaan Allah s.w.t...Berkongsi tentang hadis nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi peringatan untuk kaum adam dan hawa akhir zaman kini...

Menurut mafhum hadis nabi yang dikeluarakan dari Imam Muslim dan disyarahkan oleh Imam nawawi tentang sifat perempuan yang diharuskan untuk dipinang oleh lelaki, begitu juga bagi seorang perempuan yang hendak memilih bakal suaminya...Nikahilah perempuan dengan 4 perkara: hartanya, sejarahnya yang mulia (hasab), kecantikannya, dan AGAMANYA....Maka beruntunglah perempuan yang beragama itu lebih baik bagi kamu...

Didalam hadis ini Rasul tidak mensyaratkan kesemua perempuan yang hendak dipinang memenuhi keempat2 syarat diatas..4 perkara ini adalah fitrah yang ada pada seorang manusia...Oleh kerana itu nabi menyebut diadalam kalamnya yang merupakan wahyu daripada Allah...



Kepada kaum Adam yang masih mencari nilai kesitimewaan pasangannya, perhatikanlah AGAMA yang pertama di hati anda...kerana sesiapa yang berkahwin dengan agama perempuan itu maka suami akan bahagia di dunia dan diakhirat...ini adalah kalam nabi yang tidak dapat dinafikan lagi kesahihannya...

Barangsiapa yang berkahwin dengan perempuan yang mempunyai kecantikan sahaja, si suami pasti akan dikhianati hingga ke akhir hayatnya...

Barangsiapa yang berkahwin dengan hrta kekayaan perempuan itu dia akan mati dalam keadaan miskin kelak...

Inilah keadaan yang berlaku pada masa kini...kebenarannya jelas sekarang...bagi seorang perempuan yang cantik, dia adalah mempunyai "high maintenance" dan perlu menjaga kecantikannya di malam hari kerana pada waktu siang kecantikkan dan penampilannya akan diperlihatkan kepada orang ramai...di malam hari ketika bersama suami dia akan berusaha menghaluskan kulit mukanya dan kecantikan tubuhnya dengan berusaha memakai masker, meletakkan bedak sejuk dsb...si suami melihat dengan penuh tanda tanya dan sentiasa berfikir...tatkala di siang hari si isteri akan menaggalkan seluruh topeng yang ada untuk memperlihatkan hasil kecantikannya...Inilah yang berlaku...tanpa disedari kecantikan wanita itu hanyalah untuk dipertontonkan oleh orang ramai tetapi bagi suami hanyalah topeng yang sentiasa dibaluti dan si suami tidak mendapat apa2 natijah oleh si isteri...

Berhias untuk suami itu merupakan ibadah dan kita sebagai wanita perlu melaksanakan ibadah ini supaya menjadi seorang wanita yang solehah...

Barangsiapa yang bekahwin hanya melihat kepada harta kekayaan wanita itu maka dia pasti akan menjadi orang yang miskin sehingga hari kematiannya...begitu juga dengan perempuan yang hanya berkahwin untuk mendapatkan harta kekayaan seorang lelaki...jelas perkara ini sudah berlaku pada masa kini...si suami atau si isteri akan sentiasa menanti wang perbelanjaan setiap bulan dan tidak pernah cukup untuk menikmati kemewahan dunia itu...Sehingga sekiranya berlaku sesuatu pada salah satu antara mereka dan tidak dapat menerima wang tersebut pada masa itu, mereka akan mula hilang pertimbangan kerana telah dikuasai dengan wang selama ini...Renungkanlah sejenak betapa besarnya dan betapa yang MAHA PENCIPTA mengetahui apa yang akan berlaku pada hambanya...

Macam2 yang PA nak share..tapi setakat ni entry untuk kali nih...xder bnda cute yg dpt dikongsi tapi hanyalah sedikit ilmu yang dapat dijadikan iktibar buat sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga...

BERSABARLAH WAHAI INSAN YANG BERNAMA WANITA...
Buat wanita yang nasibnya tidak baik jaganlah bersedih dan rasa terhina...tuntutlah ilmu agama kerana dengan ILMU AGAMA itulah Islam memandang tinggi nilai wanita itu..ilmu yang akan dibawa sehingga hari kiamat...agama yang akan menjadikan hidupnya bahagia didunia dan diakhirat kelak...

Sekiranya kita tidak mendapat kenikmatan didunia, maka insyaAllah kenikmatan yang kekal Allah akan berikan di hari pengakhiran kelak...AMIN...

aku:


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...