Kepada Teman2 yang dah masuk dunia saya... sudi2 lah sign di guestbook nih...Thanks..

Tuesday, May 11, 2010

nilai seorang puteri di hati...???...


SEMPURNA..

Apa yang berlaku dalam setiap kehidupan kita ini adalah kehendak Allah...kadang2 manis kadang2 pahit..time manis memang best..indah dan mempesonakan...dan sebaik2 nya time nih kite jgn sesekali melupakan tuhan pencipta kiter...tetapi sekiranya setiap hamba itu melalui perkara yang pahit, ianya sangat memeritkan...dan ketika ini kiter semakin memerlukanNYA...Pahit dan manis kehidupan seperti kejadian malam dan siang yang Allah ciptakan...

Kemuliaan seseorang terletak pada akhlak dan peribadinya...hiasilah peribadi dan sentiasa memperbaiki diri...insyaAllah kita akan dipandang mulia dan tinggi disisi Allah...apatah lagi manusia...sabarlah menghadapi ujian dan rintangan, kerana inilah cermin kita yang sentiasa dilihat oleh Allah dan setiap manusia..apa yang penting nilaian daripada Allah yang hakiki dan kekal hingga hari kiamat nanti...

Melalui liku2 kehidupan yang terlalu susah untuk ditelusuri..berusaha, dan tawakal kepada Allah..semoga ianya menjadi kekuatan di hati ini...

Amalan seharian yang dilakukan menjadi satu jalan untuk kite mendapat keredhaaNYA..lakukanlah dengan ikhlas dan tambahkanlah ianya dengan keimanan yang tinggi..Semoga Allah mendengar rintihan kita setiap hari....

Lembut hati baik budi pekerti, punyai rasa malu...inilah sikap yang perlu ada dalam diri...sifat mahmudah yang paling baik teladan Rasulullah...dengan sikap ini kita akan sentiasa tenang dan mendapat kebahagiaan duniawi dan ukhrawi...Amin...

Wanita Solehah impian di hati...

Coretan kasih dariku:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...