Kepada Teman2 yang dah masuk dunia saya... sudi2 lah sign di guestbook nih...Thanks..

Friday, March 26, 2010

Kasih ayah...




N3 kali ni nak kongsi ilmu bersama blogger2 setiaku..PA ada amik class dengan orang arab untuk subjek Fiqh Muqoron ataupon Fiqh perbandingan mazhab...Untuk tahun akhir ni Subjek ni lebih memfokuskan tentan syahadah atau saksi dalam memberikan keterangan di Mahkamah... Syariat Islam yang Alah turunkan kepada kita sangat unik dan sempurna...Islam itu sendiri agama yang syumul dan penuh dengan kasih sayang...

Saksi yang boleh memberikan keterangan di Mahkamah dalam kes anak dan ayah....huhuhu PA memang tersentuh betul sewaktu mendengar penjelasan yang diberikan oleh Asma'...insan yang berkebolehan berbahasa melayu di bumi mesir...Seorang anak boleh memberikan penyaksian atau keterangan untuk bapanya tapi seoarang bapa tidak boleh memberikan keterangan untuk membela anaknya...kerana apa? Kerana sememangnya semua ayah dimuka bumi ini menyayangi anak mereka tetapi kasih sayang seorang anak tidak dapat menandingi kasih ayahnya..Sekiranya si Ayah melihat anankya melakukan pembunuhan seboleh2 nya dia akan mengaku pernuatan itu adalah darinya..Si ayah pasti membela anaknya..inilah yang telah diriwayatkan oleh imam hanbali yang telah mengkaji dimana kasih sayang seorang ayah tidak dapat dinafikan lagi tolok bandingya...sebagai 1 contoh yang lain, Jika anak dan ayah berhadapan dengan penjenayah yang hendak membunuh mereka, kemudian si penjenayah bertanya, " Aku nak kamu berdua pilih, siapa antara kamu berdua yang patut mati?" maka si ayah mesti akan menjawab "Bunuhlah aku, jangan bunuh anakku.." Berbeza jawapan dengan si anak, samada dia akan mendiamkan diri atau menyuruh penjenayah itu membunuh ayahnya... Begitulah kasih sayang seorang ayah...memang telah terbukti kesahihannya...disebabkan itu si ayah tadi tidak boleh memberikan keterangan di mahkamah untuk membela si anak kerana terdapat unsur kasih sayang semulajadi yang Allah jadikan dalam dirinya...

Kalau di Malaysia..seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri tapi jarang pula kite mendengar tentang kes si bapa yang sanggup membunuh anaknya walaupun ada hukum yang mnegecualikan seorang bapa tidak dikenakan qisas sekiranya telah membunuh anaknya ..Disini kita dapat menilai sendiri keunikan syariat Islam yang Allah jadikan mengikut fitrah kejadian manusia...Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan sifat hamba2nya kerana Dia lah yang menjadikan kita..


PA memang sensitif betul isu2 orang tua nih...lagi2 bile dok jauh....Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan para malaikat sentiasa memayungi ibu dan ayah PA setiap hari di Malaysia...Amin.....Doaku hanya untukmu...

Secebis ilmu dari:

3 comments:

Sweetlilcraft said...

betul tu reha, bila akk dah jadi ibu baru akk faham mcmana kasih ibu dan bapa pd kita.beza kasih kita pd mereka. kita syg pun, mereka lebih lagi syg pd kita:)

--kak ayu--

miliyunir said...

Alhamdulillah, anak yang solehah nih..

MaLrEha said...

mili: amin...insyaAllah...itulah cita2ku..
kak ayu: ermmm saya belom jadi ibu lagi kot...yg syg bole nampak kasih ayh dan ibu saya terhadap sya..perasaan tuh akn dtg bile sya dikurniakan zuriat cm akk nanti...insyaAllah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...